Friday, May 26, 2006

Ayesha tak bagi Mama pergi Port Dickson

Mama terpaksa pergi Port Dickson bulan depan dengan kawan-kawan office Mama utk team building event. Aktiviti tu 2 hari 1 malam aje. Mama dah minta kebenaran Papa, Papa bagi. Tapi bila Mama bagi tahu Ayesha, Ayesha menangis2 tak bagi Mama pergi tinggal dia. Mama rasa sedih pulak tengok Ayesha macam tu, tapi Mama tak boleh bawa Ayesha sekali. Sejak dari lahir sampai sekarang, Mama tak pernah berpisah tidur dengan Ayesha. Mama mesti bawa Ayesha mana Mama pergi dan Mama tak bagi Ayesha tidur rumah Tok Mama atau balik kampung kalau Mama tak ikut sekali. Mama dan Ayesha masing2 tak boleh tidur kalau salah seorang tak ada. Tapi kali ni Mama tak tahu nak buat macam mana. Sejak kali pertama bagi tahu Ayesha pasal PD, Mama ada jugak tanya beberapa kali lepas tu, tapi setiap kali Mama sebut pasal PD, Ayesha mesti menangis dan menjerit-jerit tak bagi Mama pergi. Papa kata, takpe semalam aje, dah kena start ajar dia berpisah, dia pun dah besar, nanti lagi lama lagi susah. Tapi Mama masih tak confident. Mama tawakkal aje la. Mama harap Ayesha tak berapa meragam sangat kalau Mama takde nanti.
Ya Allah, permudahkanlah perpisahan sementara ini buat aku dan anakku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home